BARE SKIN BY BMN


HOME ABOUT MORE INFO INSTAGRAM FACEBOOK NEWER OLDER FOLLOW


oorsi corner


🌼 WHITENING FLAWLESS SKINCARE
💝 BARE SKIN BY BMN TRUE BEAUTY NEVER NEEDS MAKEUP
🌸 NATURAL PRODUCTS
💯 KKM, SELAMAT, HALAL & BERKESAN
📎 POSTAGE EVERYDAY
☎ WHATSAPP-MESEJ 013-9083257
🚗 MALAYSIA


cbox




FOLLOWERS



blog archive



total pageviews



search this blog
PETUA TENTANG AYAM
Saturday, November 22, 2008 | 0 Comments




1. Memilih ayam segar
Ketika memilih ayam beberapa petua boleh diikuti. Warna daging ayam segar selalunya berwarna putih kekuningan. Apabila daging yang segar ditekan, ianya akan menanjal kembali ke bentuk asal. Jika ayam tidak segar, kesan jari akan kelihatan untuk seketika. Kulit ayam segar juga akan kelihatan cantik. Jangan beli ayam yang banyak patah tulang, berlendir dan lembut........ kerana ayam itu tidak segar.





2. Sedapkan ayam goreng
Ambilkan kunyit, beberapa ulas bawang putih dan halia lalu ditumbuk halus. Bahan tersebut kemudiannya diperap bersama daging ayam. Tambahkan juga sedikit garam dan bahan perasa lain mengikut kehendak anda. Biarkan selama selama setengah jam hingga satu jam. Selepas itu, gorengkan ayam berkenaan dengan api sederhana sehingga masak dan rangup.


3. Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan air bersih kemudian sapukan tepung gandum pada daging ayam tersebut dengan sedikit air. Bersihkan ayam tersebut dengan air biasa. Haaa........ kemudian boleh masak ayam tersebut mengikut resepi anda. Bubalah .................




4. Melembutkan daging ayam tua
Campurkan hirisan betik muda bersama kulitnya ke dalam rendaman ayam. Biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian........... bersihkan ayam tersebut dan masak mengikut resepi anda. Ayam tadi tadi perlu dimasak lama untuk melembutkannya.



5. Melembutkan ayam kampung
Ayam kampung biasa mempunyai isi yang agak pejal terutamanya ayam yang jantan atau yam yang telah tua. Untuk melembutkannya, masukkan 4 biji kurma ke dalam gulai. Daging ayam tersebut akan jadi lembut apabila masak. Jom cuba.........



6. Merangupkan ayam goreng
Ayam goreng biasa akan hilang keranggupannya apabila sejuk. Untuk mengekalkan agar terus ranggup, masukkan sebiji telur ayam bersama dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam tersebut seperti biasa.

sumber daripada Buku Petua Dapur Rumahtangga






OORSI CORNER © . All Rights Reserved.