BARE SKIN BY BMN


HOME ABOUT MORE INFO INSTAGRAM FACEBOOK NEWER OLDER FOLLOW


oorsi corner


🌼 WHITENING FLAWLESS SKINCARE
💝 BARE SKIN BY BMN TRUE BEAUTY NEVER NEEDS MAKEUP
🌸 NATURAL PRODUCTS
💯 KKM, SELAMAT, HALAL & BERKESAN
📎 POSTAGE EVERYDAY
☎ WHATSAPP-MESEJ 013-9083257
🚗 MALAYSIA


cbox




FOLLOWERS



blog archive



total pageviews



search this blog
PETUA TENTANG SAYUR
Sunday, November 23, 2008 | 0 Comments


1. Petua pilih sayur
Kobis - PIlih yang ringan dan rongganya besar-besar
Sawi - Pilih yang berdaun lebar tetapi batangnya
kecil
Timun - Pilih yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua
Tomato - Pilih yang warna sedikit kehijauan
Keledek - Pilih yang lurus dan kulitnya putih bersih
Bendi - Pastikan hujungnya lembut




2. Tomato tetap segar
Buah tomato itu jangan dibasuh tetapi simpan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut tidak ditutup dan tidak terkena cahaya matahari. Tomato tidak cepat kecut. Tomato lebih lama dan segar jika disimpan bersama tangkai dengan posisi tangkai ke atas.






3. Segarkan taugeh
Taugeh akan kekal segar walaupun beberapa hari sekiranya taugeh disimpan di dalam air dengan campuran sedikit perahan air limau nipis. Pastikan airnya ditukar setiap hari.


4. Segarkan sayur-sayuran
Walaupun sayur-sayuran disimpan di dalam peti ais,kesegarannya akan hilang juga setelah beberapa hari.Untuk kembalikan kesegaraannya, rendam sayur tersebut ke dalam air yang dicampur dengan cuka selama beberapa minit. Selain dapat menyegarkan kembali sayur, cuka juga bertindak menyingkirkan kotoran pada sayur tersebut.


5. Mencantikkan sayur yang dicelur
Biasanya sayur kelihatan layu setelah dicelur atau direbus. Bagi menaikkan seri sayur tersebut, masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Apabila memdidih, baru masukkan sayur untuk dicelur. Sayur akan nampak berkilat dan enak dimakan.


dipetik drp buku Petua Dapur Rumahtangga






OORSI CORNER © . All Rights Reserved.