BARE SKIN BY BMN


HOME ABOUT MORE INFO INSTAGRAM FACEBOOK NEWER OLDER FOLLOW


oorsi corner


🌼 WHITENING FLAWLESS SKINCARE
💝 BARE SKIN BY BMN TRUE BEAUTY NEVER NEEDS MAKEUP
🌸 NATURAL PRODUCTS
💯 KKM, SELAMAT, HALAL & BERKESAN
📎 POSTAGE EVERYDAY
☎ WHATSAPP-MESEJ 013-9083257
🚗 MALAYSIA


cbox




FOLLOWERS



blog archive



total pageviews



search this blog
MESTI BACA (KOLESTEROL)
Sunday, November 23, 2008 | 0 Comments


Pengawalan kolesterol secara semula jadi- (artikel dari utusan malaysia)

KEMERIAHAN musim perayaan tentunya masih terasa apatah lagi undangan rumah terbuka terus diterima. Walaupun keseronokan masih belum reda, namun faktor kesihatan, khususnya akibat pemakanan kita seharus tidak diabaikan. Bagi yang tidak mengawal pengambilan makanan selepas berpuasa tentunya dapat merasa perbezaan antara sehari selepas berpuasa dengan beberapa minggu selepas berpuasa.
Kebanyakan daripada kita dapat berbangga kerana dapat mengurangkan beberapa kilogram daripada berat badan semasa berpuasa, namun beberapa minggu kemudian berat badan kembali bertambah. Kita juga mungkin berasa lebih cepat lesu dan letih.
Sekiranya keadaan ini berlaku, bagaimana pula dengan paras kolesterol anda? Sudahkah anda membuat pemeriksaan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani masalah tersebut? Tabiat pemakanan memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan tahap kesihatan kita. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada masalah kesihatan kronik seperti kolesterol, penyakit jantung, diabetes dan sebagainya sebenarnya boleh dielakkan dan boleh dikawal dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Peningkatan paras kolesterol boleh mendatangkan komplikasi kesihatan lain seperti aterosklerosis dan strok. Ini juga yang ditekankan sempena Hari Jantung Sedunia baru-baru ini memandangkan betapa pentingnya mengekalkan paras kolesterol yang sihat demi kualiti dan kesejahteraan hidup secara umum.
Amalkan pengambilan makanan berlemak seperti lemang, rendang, sate dan pelbagai juadah dengan jumlah yang sederhana. Gunakanlah daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan mengurangkan penggunaan santan dalam setiap masakan. Selain itu kurangkan penggunaan lemak trans seperti majerin dan mentega dalam biskut dan kek anda
Anda boleh menggunakan alternatif seperti minyak zaitun berbanding minyak biasa yang tinggi kandungan kolesterol untuk masakan anda. Kekalkan pengambilan makanan yang seimbang dan jumlah yang sederhana beserta amalan senaman setiap hari.
Pencegahan awal adalah langkah terbaik. Minyak ikan yang terkenal dengan bahan anti keradangan bukan sahaja bermanfaat untuk membantu mereka yang menderita akibat penyakit keradangan sendi seperti osteoartritis tetapi juga sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung dan kolesterol.
Pengambilan ikan dalam diet seharian seharusnya dipertingkatkan memandangkan ia banyak memberi manfaat kesihatan. Mereka yang tidak mengalami masalah penyakit jantung koronari juga digalakkan untuk mengambil ikan terutamanya ikan berlemak sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Manakala mereka yang mengalami masalah jantung koronari boleh mengambil minyak ikan dengan dos yang lebih tinggi. Kajian juga ada menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam minyak ikan turut memberi manfaat dalam menurunkan tekanan darah. Kemerosotan fungsi hati juga akan menjejaskan keupayaan hati untuk menyingkirkan toksik dan mengganggu metabolisme kolesterol.






OORSI CORNER © . All Rights Reserved.