BARE SKIN BY BMN


HOME ABOUT MORE INFO INSTAGRAM FACEBOOK NEWER OLDER FOLLOW


oorsi corner


🌼 WHITENING FLAWLESS SKINCARE
💝 BARE SKIN BY BMN TRUE BEAUTY NEVER NEEDS MAKEUP
🌸 NATURAL PRODUCTS
💯 KKM, SELAMAT, HALAL & BERKESAN
📎 POSTAGE EVERYDAY
☎ WHATSAPP-MESEJ 013-9083257
🚗 MALAYSIA


cbox




FOLLOWERS



blog archive



total pageviews



search this blog
NANAS
Thursday, November 27, 2008 | 0 Comments



NANAS berasal dr bahagian timur Amerika Selatan. Nama saintifiknya adalah Ananas Comosus.
Christoper Columbus adalah orang yang memperkenalkan nanas di serata dunia. Beliau menemui buah nanas di perairan Carribien pada November 1493 semasa pelayaran keduanya di perairan itu. Semenjak itu nanas telah disebarkan serata dunia dan pada abad ke-16 nanas tela diperkenalkan di Tanah Melayu oleh orang-orang Portugis
Di Portugal pada masa dahulu, harga nanas adalah telalu mahal dan hanya boleh dinikmati oleh orang-orang bangsawan sahaja dan kerana itula ia dikenali sebagai ‘Buah Di-Raja’.
Ilustri nanas yang pertama dicetak adalah pada tahun 1535 ole Fater Oveido di dalam ‘Universal of India’. Beliau petama kali melihat pokok nanas semasa lawatannya ke Amerika pada tahun 513 dan tertarik dengan keunikan buah nanas lalu melakarnya.
Di Negara Eropah pada suatu ketika dahulu, nanas adalah dianggap sebagai buah tropika yang unggul dan merupakan symbol kepada
semangat kekeluargaan, kasih saying dan tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.
Nanas kaleng (nanas dalam tin) mula diperkenalkan pada tahun 1901. Pada tahun 1911 seorang jurutera yang bernama Henry Ginaca telah mencipta mesin yang bole mengupas kulit dan empuluh 100 biji nanas dalam masa 1 minit. Sehingga kini, ‘Mesin Ginaca’ masih lagi digunakan dengan meluasnya.
Hutan Simpan Bukit Nanas mengambil nama sempena penanaman nanas ini terletak di tengah-tengah pusat Badaraya Kuala Lumpur dan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 1906 dengan keluasan lebih kurang 17.50 hektar. Menurut catatan sejarah, nama Bukit Nanas wujud selepas kawasan bukit itu ditanam dengan tanaman nanas untuk dijadikan benteng pertahanan oleh Raja Asal.
Nanas merupakan tumbuhan asli kepada Brazil, Bolivia dan Paraguay. Perkataan asalnya, ananas berasal dari perkataan orang Tupi, iaitu kaum asal dari Negara Brazil, yang bermaksud “buah yang sangat baik’. Di serata dunia, terdapat pelbagai nama tempatan untuk buah nanas seperti pineapple bagi orang Inggeris kerana bentuknya seperti pokok pain, ‘pina’ bagi orang sepanyol, ‘Na-na’ bagi orang asli Amerika yang bermaksud ‘harum-harum’, ‘Anana’ bagi orang Prancis, dan ‘Ananaz’ bagi orang Portugis.
Nanas merupakan buah tropika yang ke-3 terpenting di dunia selepas pisang dan mangga. Di Malaysia, nanas merupakan tanaman buah-buahan yang terpenting dan diberi keutamaan.
Dalam perubatan moden, nanas digunakan sebagai agen pelawas dan untuk mengurangkan kesan bengkak selepas pembedahan ataupun selepas sebarang kecederaan fizikal. Nanas juga dipercayai mampu merawat barah, di mana molekul yang diekstrak dari nanas iaitu molekul CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras satu lagi molekul yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan system imuniti pesakit bagi melawan sel barah
Nanas mempunyai kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Dalam perubatan tradisional, nanas merupakan ramuan penting untuk melancarkan perjalanan haid mengatasi masalah pencernaan dan hifrasi, pundi kencing, cacing, kelesuan badan, batu karang, dan kencing tidak lawas kerana kandungan enzim bromelinnya.
Selain dimakan, nanas juga boleh digunakan sebagai agen pemangkin pelembut daging, agen pembersih dalam pembersihan barangan logam dan kayu, sabutnya boleh dijadikan tekstil dan benang, jaring, kertas, dan tali, hampasnya boleh dijadikan makanan haiwan dan jusnya boleh dijadikan produk kosmetik dan wangian.


Sumber dari LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS NEGARA.
Hakcipta Terpelihara © 2007 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia






OORSI CORNER © . All Rights Reserved.